Tuesday, February 1, 2011

sAaT kUlEpAsKaN kAu PeRgI....

seawal pertemuan kita bukan aku yang merancang untuk benih kasih ini tertabur subur di lantai cinta. bukan aku yang minta agar hati ini bertaut kasih padamu.... aku sentiasa ingin kau selalu di hati menemani aku kala sepi kerana kaulah permata yang di cari dalam perjalanan ini....

saat ini kurela lepaskan kau pergi kerana diri ini bukan lagi untuk kau miliki...... cinta dan dakwah tidak mungkin akan sama kerana semua ini aku lakukan kerana dakwah bukan atas dasar cinta..... 



benarlah hati ini tidak mampu untuk menipu... aku benar merasakan cinta itu wujud walau aku yang merasakannya sedikit aneh.....
bolehkanh aku terus membimbingmu dan membawa kamu terus kedalam cinta ku yang satu.... aku tidak mampu untuk membimbingmu lagi.... carilah mereka yang sesuai untukmu....hati dan perasaan bukan kita yang mengawalnya namun kita boleh mengelaknya.... semakin dekat aku denganmu semkin erat pertautan hatiku pada mu hingga aku lupa tujuan asalku....

lupakanlah aku kerana aku bukan seorang insan yang mempunyai jalan hidup yang lurus. carilah pendampingmu yang kau rasakan mampu untuk kau terus melangkah....

No comments:

Post a Comment