Thursday, October 28, 2010

28/10/2010 - 3.31am

hati merasa pilu...."dia sudah ada pengganti"....tapi apa hak aku untuk melarang??? hak aku hanya rasa dalam hati...memberontak dalam diri....hanya tuhan saje yang tahu gelora hati aku di saat ini.....orang yang aku puja telah lepas dari genggamanku....ini dikata tiada jodoh...aku mengharapkan dia bahagia....

Thursday, October 21, 2010

MelEpaSkAn Mu TaK MuDaH

MaAf JiKa HatI Tak BiSa SepeRti YaNg DuLu…..
SeBerKaS kEkECeWaaN TaK HiLAnG DarI HaTi….
SukAr MeNeRiMa KaTa ItU….
IzInKaN Ku MeLePaSkAn SemUa iNY….
SeTiAp rAsa YanG tErjAliN KiNi BagAi aNgIn YanG dAtaNg DaN PerGi….
AnGiN ItU TlAh PeRGi daN RaSa InI PuN tElAh PeRgI….
IzIn KaN Ku mELePaSKanMu YaNG TAk InGiNkAn kULaGi….


Kebahagiaan

Jalan menuju kebahagiaan:
  • bebaskan hatimu daripada rasa dendam dan rasa takut
  • hidup sederhana yang mengharapkan sedikit tetapi banyak memberi
  • mengisi penuh harapan dengan kasih sayang
  • lupakan dirimu sendiri dan ingatlah orang lain
  • melayani manusia lain seperti yang anda ini dilayani

untuk apa????

untuk apa cinta itu wujud???? adakah hanya untuk memberi kekecewaan????? kekecewaan yang membuat manusia hilang pertimbangan.....pertimbangan antara baik dan buruk....terpulang la pada setiap individu untuk menghadapinya....hanya allah tempat mengadu nasib....mengharapkan Dia berikan kekuatan untuk menghadapi semua rintangan dalam hidup....

Lupakan Bekas Kekasih

Anda bersedia melupakannya bila…

Menghapus kenangan bersama si dia

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri

Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia

Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi

Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan? – NOOR HASLIZA NUSI
Sumber: Kosmo! Jumaat 25 Januari 2008

Wednesday, October 20, 2010

PeRmUlAaN bArU.......

cerita di ujung senja ini, memadukan setiap rasa menjadi pusaran-pusaran gerak. Maka berhentilah di malam harinya, sebab fajar pasti datang, menyuluhkan kembali bentangan waktu,  menghidupkan kembali kedinamisan hidup, mewajibkan kita untuk tetap bergerak.

Sungguh, demi waktu fajar apabila menyingsing, setiap jiwa pasti akan diminta untuk dipertanggungjawapkan atas setiap apa yang pernah dilakukannya. Betapa hari itu, ketika semua urusan dihadapakan padaNya, ketika timbangan amal ditegakkan, maka tiada pun kesempatan dan alasan untuk mengelak.

Melihat  kembali tentang hakikat kehidupan, yang sebenarnya sudah dimengerti keadaannya namun sering terapung dipermukannya, kerana mungkin hanya menguruskan masalah sebenarnya amat bernilai, namun sebenarnya mudah namun sering dibuat ia semakin rumit.

Maka  di waktu fajar ini, titik permulaan hidup kembali. Hari ini adalah hari ini, bukanlah mengulang hari  kemarin yang tidak pernah datang semula, kecuali kelak ketika meminta dipertanggungjawapkan atas semua hal yang pernah dilakukan. Itulah sebabnya tiada ulangan dalam penghitungan usia kehidupan setiap jiwa.

Semoga saja, hari ini menjadi hari yang penuh keberkahan dalam rengkuhan redhaNya. Amin.....