Monday, January 23, 2012

hati

mercun masih berbunyi mengganggu penghuni yang sedang tido....
begitu juga hati yang tidak tenang mengganggu tuannya yang ingin melelapkan mata....

kuatlah wahai hati....
mungkin esok akan memberi sinar yang baru dalam hidup...
mungkin ada yang mengisi kekecewaan yang lampau...
mungkin akan ada yang keajaiban yang akan diberi tuhan pada hamba-Nya ini...
itu selalu yang terdetik dihati ini....

Thursday, January 19, 2012

x memahami

ternyata orang tidak memahami apa yang dirasai...
aku hanyalah seorang insan...
manusia yang lemah dari segala hal...
yang tak dapat mengelak daripada CINTA...
cinta yang tiada balasannya...

kenapa aku selalu kena faham orang lain padahal orang lain tidak mahu memahami aku???
mungkin dikatakan cabaran...
senang nak mencari teman semasa suka... 
tapi susah nak mencari teman di masa sedih....
aku terima ini sebagai dugaan dalam hidup yang membuat aku semakin matang...
cukup airmata yang aku taburkan...
aku perlu bangkit dari kesedihan yang mengganggu kehidupan normalku...

Tuesday, January 17, 2012

langkah baru

dua tiga hari ini hidup ini terasa amat kosong...
tanpa pekerjaan...
tanpa apa2 aktiviti....
jika terus begini aku akan gila....

aku perlu buat langkah baru....
langkah yang orang lain tak sangkakan...
terus bergerak wahai diri...
jangan menoleh kepada kisah silam yang mengecewakan...
mulakan kisah baru tanpa was2....

Sunday, January 15, 2012

kenapa yek??

kenapa kebelakangan merasakan hati ini semakin kosong...
kurang denyutannya....
kurang debarannya...
kurang mengepam oksigen ke otak...

adakah ini tandanya yang tidak baik??
kurang sihat jantungnya...
kurang sihat otaknya...
atau banyak kekurangannya....

dimana ingin mendapat penyelesaiannya???
harus ke IJN kah???
perlu berjumpa pakar radiologist tuk CT scan kah???
atau hanya berserah tanpa melakukan apa2??

Saturday, January 14, 2012

angan-angan

hari ini aku berada didalam alam fantasi...
berangan-angan mahu memiliki hidup yang sempurna....
adakah disebabkan aku bakal menjangkau ke umur 27 tahun menyebabkan aku berangan-angan???

aku amat di pengaruhi oleh watak-watak dalam novel yang aku baca....
aku ingin kan lelaki seperti EYYAD AYSAR ALYAZID dalam novel Matahariku...
lelaki yang berusaha untuk menjadikan isterinya yang terbaik.... bertuah Syakirah....



tapi mungkinkah ini akan berlaku????
ada ke seorang lelaki seperti ini????
apa yang mampu aku lakukan adalah setiap hari aku berharap aku akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar menerimaku samada baik atau buruk...

Wednesday, January 4, 2012

MADAH DARI HATI

dah lama aku tak mencoretkan sesuatu....
banyak perkara yang membantutkan idea daripada keluar dari minda ini....
selepas solat maghrib terdetik dalam hati mencari madah2 yang romantik....
oleh sebab itu tercetuslah madah-madah tersebut:-

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.