Sunday, February 13, 2011

CINTA

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ade kehidupan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....ITULAH NAMANYA CINTA....

Cinta sejati adalah ketika mencintai orang lain dan kamu mampu tersenyum dan berkata : > AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU...

Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada disisi kita...

Perasaan cinta dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam waktu yang agak lama...

Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat supaya kita mengerti bagaimana berterma kasih dengan kurniaan itu...

Berdoalah ~ Puisi Arab

Berdoalah kepada Yang Maha Pencipta
moga kebahagiaan menjelma
biar jiwa kita terubat dengan harapan
maka janganlah sekali-kali menyerah
kerana jika kita mengalah
sesungguhnya kita telah membunuh harapan
seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang percaya harapan sentiasa ada

Tuesday, February 1, 2011

sAaT kUlEpAsKaN kAu PeRgI....

seawal pertemuan kita bukan aku yang merancang untuk benih kasih ini tertabur subur di lantai cinta. bukan aku yang minta agar hati ini bertaut kasih padamu.... aku sentiasa ingin kau selalu di hati menemani aku kala sepi kerana kaulah permata yang di cari dalam perjalanan ini....

saat ini kurela lepaskan kau pergi kerana diri ini bukan lagi untuk kau miliki...... cinta dan dakwah tidak mungkin akan sama kerana semua ini aku lakukan kerana dakwah bukan atas dasar cinta..... 



benarlah hati ini tidak mampu untuk menipu... aku benar merasakan cinta itu wujud walau aku yang merasakannya sedikit aneh.....
bolehkanh aku terus membimbingmu dan membawa kamu terus kedalam cinta ku yang satu.... aku tidak mampu untuk membimbingmu lagi.... carilah mereka yang sesuai untukmu....hati dan perasaan bukan kita yang mengawalnya namun kita boleh mengelaknya.... semakin dekat aku denganmu semkin erat pertautan hatiku pada mu hingga aku lupa tujuan asalku....

lupakanlah aku kerana aku bukan seorang insan yang mempunyai jalan hidup yang lurus. carilah pendampingmu yang kau rasakan mampu untuk kau terus melangkah....

CaN yOu SoLvE tHiS rIdDlE?

I am your constant companion.
I am your greatest helper or heaviest burden.
I will push you onward or drag you down to failure.
I am completely at your command.
I am manage with care - you must be firm with me. Show me exactly how you want something done and after enough lessons, i will do it automatically.
I am the servant of all great people and alas of all failures.
Those who are great, I have made great.
Those who are failures, I have made faintest.
I am not machine, thought I work with the precision of a machine and the intelligence of a person. You may run me for ruin - it makes no difference to me.
take me, train me and be firm with me and I will place the world at your feet. Be easy with me and I will destroy you.

Wednesday, January 19, 2011

Doa Jodoh‏

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
 
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
 
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
 
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
 
Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
 
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
 
Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
 
AMIN...
 
 

Memang Allah sengaja....

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai 
oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...
tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada 
masa akan datang.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila  kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, 
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. 
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. 
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,  
dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya 
ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah 
tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Monday, January 17, 2011

I think this is the best way .. So no one feels the heart and talk crap at me .. When jokingly have ridden minds-on and try out other people's feelings .. A good friend of a friend will not embarrass himself .. I promise not to blow all those whom you love .. although the intention is only friends .. I hope you people happy ... I will fulfill what I say and do not have anyone who wants to doubt it again ... 

Saturday, January 1, 2011

NaPa AkU pErCaYa

napa la aku nie bodoh asyik percaya pada dia...dia tak pernah nak amik kisah pun apa aku rasa....tuhan kau tolong kuatkan hati aku sekarang...kau elakkanlah aku daripada maki hamun dia...letih dah aku rasa!!!!!!!

Monday, December 27, 2010

Madah-madah Cinta Luka

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Saturday, November 6, 2010

tenang

hati ini mula terasa tenang....aku dah mula boleh menerima semua yang berlaku......aku redha kententuannya.....