Friday, April 25, 2014

NEW BORN

Hari yang menggembirakan...
Hadirnya ahli baru dalam keluarga besar kami...
Ahli baru yang paling bongsu...
Alhamdullilah...



Belated Birthday

Happy Birthday Miz Kiya...

Sambutan hari lahir rakan sekerja...
Maaf kami tak wish pada 23/4/2014..
Konon nak buat kejutan...
Hari nie baru berkesempatan...



Thursday, April 24, 2014

SETELAH LEBIH 2 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM,

LEBIH 2 TAHUN TAK UPDATE BLOG NIE...
BANYAK PENGALAMAN YANG MENYEDIHKAN BERLAKU SELAMA 2 TAHUN INI...
SEMOGA HARI INI BERMULA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...
SEMOGA TERUS MENGECAPI KEBAHAGIAAN...
INSYAALLAH..

Sunday, March 25, 2012

hadiah termahal yang aku miliki...

hari nie genap umur aku 27tahun...
dah tua bak kata sepupu aku...
aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang...
walaupun rezeki belum murah...
tahun ini aku menghargai dua hadiah dari mama tuk aku...(hadiah dari kakak akan delay sekejap)

1. mama aku tersayang.

asah binti shaari
 
2. my birthday present from mama

 beg coach (entah bila mama g beli)

Tuesday, March 13, 2012

pengalaman yang mengerikan...

pagi tadi bangun 6.30pagi untuk bersedia pergi interview kat Jaya 33 kat PJ... pukul 7.10 pagi g breakfast ngan mama kat kedai. makan nasi lemak dan teh tarik...

dengan semangat naik bas tuk g KTM Taman Wahyu tuk ke KL Sentral... then tukat naik Putra LRT tuk ke Asia Jaya... selepas itu naik bas ke Jaya 33...pukul 10 dah habis interview... baik bas kembali ke Asia Jaya... dari Asia Jaya naik Putra LRT ke Masjid Jamik.. dari Masjid Jamik naik Star LRT ke Bandaraya...

pengalaman mengerikan bermula selepas ini..

aku berjanji ngan makcak aku tuk cari kain denin lycra tuk makcak nak buat jubah... aku start dari depan sogo.. berjalan ke nagoya kecik...aku minta kain tu dia bagi kain kosong tuk buat tudung labuh.... berjalan lagi ke kamdar kecik... aku minta kain tu dia bagi kain cotton selimut... aku jalan lagi ke nagoya... aku amik keputusan jangan tanya lagi...cari sendiri... last aku jalan ke kamdar besar jumpa kain tu tapi hanya ade satu colour...

pengalaman mengerikan bermula betul2 selepas ini..

aku dah bosan cari kain tu...maksu kata banyak jual kain tu... ok aku buat keputusan last sebelum balik aku singgal jakel...kalau takde terus balik... tapi nak merayap dulu la...jadi aku pun mula tengok2 tudung pulak... aku pun jalan kat Jalan TAR belakang tu (pasar malam Jalan TAR hari sabtu)...tiba2 aku tersangkut ngan satu tudung tu.. aku pegang jer owner dia ajak masuk... bila masuk terus sorang pekerja lelaki dia dekati aku...dia kata tudung tu harga RM 25 satu...tapi dia boleh bg aku RM10 jer... sebab aku sedang pakai syria dia offer nak bagi syria free kat aku...aik!!! peliknya mamat nie... dia ajak aku masuk lebih kedalam kedai dia... lepas tu suruh aku pilih mana2 tudung yang aku suka...tiba2 dia gesel "ANU" dia kat badan aku...eww geli...mamat pakistan nie nak kena ngan aku... tanpa fikir panjang aku amik 2 helai tudung n aku terus bayar... dia minta RM20... aku bagi duit RM50... aku bawa duit tu sampai pintu masuk kedai...jadi dia terpaksa ikut aku.. lagi sekali dia buat perangai...duit baki RM30 tu dia gesel pulak kat "ANU" dia... aku amik duit tu aku terus beli kain murah kat kaki lima kedai tu...tak kuasa aku nak simpan duit dia....lepas aku dapat kain tu terus aku amik kerusi plastik yang ade kat situ...aku ketuk "ANU" dia... 2kali k... lepas tu aku jerit kuat2!!! LAIN KALI KALAU DAH SANGAP SANGAT G CARI PELACUR JANGAN DUK GESEL2 KAT ORANG!!!!
@@@end story@@@

Monday, January 23, 2012

hati

mercun masih berbunyi mengganggu penghuni yang sedang tido....
begitu juga hati yang tidak tenang mengganggu tuannya yang ingin melelapkan mata....

kuatlah wahai hati....
mungkin esok akan memberi sinar yang baru dalam hidup...
mungkin ada yang mengisi kekecewaan yang lampau...
mungkin akan ada yang keajaiban yang akan diberi tuhan pada hamba-Nya ini...
itu selalu yang terdetik dihati ini....

Thursday, January 19, 2012

x memahami

ternyata orang tidak memahami apa yang dirasai...
aku hanyalah seorang insan...
manusia yang lemah dari segala hal...
yang tak dapat mengelak daripada CINTA...
cinta yang tiada balasannya...

kenapa aku selalu kena faham orang lain padahal orang lain tidak mahu memahami aku???
mungkin dikatakan cabaran...
senang nak mencari teman semasa suka... 
tapi susah nak mencari teman di masa sedih....
aku terima ini sebagai dugaan dalam hidup yang membuat aku semakin matang...
cukup airmata yang aku taburkan...
aku perlu bangkit dari kesedihan yang mengganggu kehidupan normalku...

Tuesday, January 17, 2012

langkah baru

dua tiga hari ini hidup ini terasa amat kosong...
tanpa pekerjaan...
tanpa apa2 aktiviti....
jika terus begini aku akan gila....

aku perlu buat langkah baru....
langkah yang orang lain tak sangkakan...
terus bergerak wahai diri...
jangan menoleh kepada kisah silam yang mengecewakan...
mulakan kisah baru tanpa was2....

Sunday, January 15, 2012

kenapa yek??

kenapa kebelakangan merasakan hati ini semakin kosong...
kurang denyutannya....
kurang debarannya...
kurang mengepam oksigen ke otak...

adakah ini tandanya yang tidak baik??
kurang sihat jantungnya...
kurang sihat otaknya...
atau banyak kekurangannya....

dimana ingin mendapat penyelesaiannya???
harus ke IJN kah???
perlu berjumpa pakar radiologist tuk CT scan kah???
atau hanya berserah tanpa melakukan apa2??

Saturday, January 14, 2012

angan-angan

hari ini aku berada didalam alam fantasi...
berangan-angan mahu memiliki hidup yang sempurna....
adakah disebabkan aku bakal menjangkau ke umur 27 tahun menyebabkan aku berangan-angan???

aku amat di pengaruhi oleh watak-watak dalam novel yang aku baca....
aku ingin kan lelaki seperti EYYAD AYSAR ALYAZID dalam novel Matahariku...
lelaki yang berusaha untuk menjadikan isterinya yang terbaik.... bertuah Syakirah....



tapi mungkinkah ini akan berlaku????
ada ke seorang lelaki seperti ini????
apa yang mampu aku lakukan adalah setiap hari aku berharap aku akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar menerimaku samada baik atau buruk...

Wednesday, January 4, 2012

MADAH DARI HATI

dah lama aku tak mencoretkan sesuatu....
banyak perkara yang membantutkan idea daripada keluar dari minda ini....
selepas solat maghrib terdetik dalam hati mencari madah2 yang romantik....
oleh sebab itu tercetuslah madah-madah tersebut:-

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

Monday, August 15, 2011

aku tahu

aku tahu selama ini aku hanya menyalahkan dirimu....
tidak pernah aku melihat pada diriku sendiri....
tidak pernah aku menilai bahawa ku sendiri banyak kekurangannya....
maafkan aku....
bila aku mula kehilanganmu aku baru menyedarinya....
aku akan merelakan kau pergi....

aku harap kau ingat aku sentiasa menyintaimu....
setelah genap setahun dua bulan 5 hari... hari ini 15 ogos aku betul kehilanganmu....
setelah 3 pasangan kau ade aku terus setia....
hilangnya dirimu dari hidup....tiada penggantinya...
aku akan terus keseorangan meratapinya....


Thursday, April 28, 2011

tahun yang amat dibanggakan.....

seronoknya dah nak habis study....
tinggal 6 bulan tuk tinggalkan dunia student ini....
6 bulan nanti practical kat PACE....(dekat jer ngan umah....jalan kaki jer)
so tak jejak kaki dah kat dunia BMI nie....


tapi rasa sedih pulak nak pisah2 ngan kawan2 yang dah 6 tahun study kat BMI nie....(yang dip n degree bersama)
yang sama2 bersengkang mata study sama2....
yang sama2 fail n repeat paper....hahaha....(ingat kejadian itu???)
sama2 kutuk2 lecture yang bagi kita fail...(kata kita tak hantar assignment!!!padahal kita nie tak tido buat lab dia....)
repeat pun dia boleh bagi kita C jer!!!! adakah patut itu!!!!!


tugas terakhir....
siapkan report FYP, technical report FYP n logbook....(tinggal logbook tak start lagi...sorry jen...malas pulak i nak buat!!!)
lepas tu hadap 4 paper exam yang taktau hintnya lagi...(sir n ustazah taknak bagi hint ke!!!!!)


poster FYP yang disediakan..... present pada 21/4/2011
maaf nama kena tutup....biarlah rahsia!!!!


nie pulak projectnya.....amat bangga dapat lakukan ini!!!!!!!
kosnya melebihi RM1000!!!!! tapi agak berbaloi....
(ada yang berminat nak beli...harga boleh runding!!!)



Friday, April 22, 2011

~pre-graduation dinner~

themes : masquerade night






mana satu jadi pilihan?????
yang sesuai tuk baju ini!!!!



Wednesday, April 13, 2011

aPRiL YaNG DuKa

sudah tiga hari aku berasa sedih sehingga menitiskan air mata...apa yang berlaku nie???
kenapa aku jadi macam nie??
emosi aku begitu terganggu...
mesti "mereka" mengatakan aku ngada2 jer....
tapi itu yang aku rasa.....
aku rasa seperti tidak berguna kepada sesiapa pun....
nie sebabnya org tua selalu kata jangan kita rapat sangat dengan seseorang sehinggakan kepala kita dipijak2 dan dihentak2 seperti barang buruk yang tiada nilainya lagi...

Ya Allah kuatkanlah hati aku nie...
kuatkan aku untuk menempuhi hari yang berbaki di UniKL BMI ini....


Sunday, April 10, 2011

MuHaMMaD aMMaR

aku amat merinduinya....MuHaMMaD aMMaR....
aku call dia...dengar jer suara aku dia terus matikan fon....
apa salah aku nie.... aMMaR tak rindu aku ke???
sampai hati aMMaR buat macam tu....
dia cakap ngan uMinya "aMMaR nak cakap ngan ToK MaMa jer... taknak cakap ngan Cu Ya!!!"
sampai hati aMMaR... Cu Ya rindu aMMaR...
nie dia MuHaMMaD aMMaR yang nakal

Wednesday, April 6, 2011

hidup yang masih bersisa!!!

kenapa kadang2 aku rasa amat sedih????
adakah kesedihan ini disebabkan aku masih keseorangan...
aku amat bersyukur dan tumpang gembira apabila semua orang yang aku sayangi dapat mengecapi kebahagian mereka...(terutama sepupuku angah yang akan mengecapi kebahagiannya tidak lama lagi...)
semoga allah mempermudahkan perjalanan hidupku yang masih bersisa ini...
aku hanya insan yang lemah...
mengharapkan belas kasihan darimu ya allah...

Sunday, February 13, 2011

AIR MATA !!!!!

Ada 2 titis air mata mengalir di sungai. satu titis air mata itu menyapa air mata satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang sangat menyintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya... Siapa kamu pula??".  Jawab titis mata kedua itu, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang amat menyintai saya berlalu begitu saja".


CINTA

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ade kehidupan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....ITULAH NAMANYA CINTA....

Cinta sejati adalah ketika mencintai orang lain dan kamu mampu tersenyum dan berkata : > AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU...

Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada disisi kita...

Perasaan cinta dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam waktu yang agak lama...

Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat supaya kita mengerti bagaimana berterma kasih dengan kurniaan itu...

Berdoalah ~ Puisi Arab

Berdoalah kepada Yang Maha Pencipta
moga kebahagiaan menjelma
biar jiwa kita terubat dengan harapan
maka janganlah sekali-kali menyerah
kerana jika kita mengalah
sesungguhnya kita telah membunuh harapan
seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang percaya harapan sentiasa ada